TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN
Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.
Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.
Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.
Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.
No comments:
Post a Comment