Friday, 13 March 2015

TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN

Kita boleh menggayakan sesuatu pakaian tidak melebihi dari 3 warna. Untuk kelihatan lebih menarik dan ceria, gabungkan warna semulajadi seperti putih, coklat krim, kelabu mahupun hitam bersama warna-warna ceria seperti hijau pucuk pisang, biru muda, oren, kuning, jingga, peach, merah jambu mahupun merah. Gabungan warna semulajadi dan warna ceria mampu membuatkan anda nampak lebih ceria & muda. Namun yang demikian, jika anda tidak yakin bermain dengan warna, gayakan sahaja 1 warna seterusnya pakai aksesori seperti rantai, gelang mahupun tudung yang lebih menyerlah & warna-warna ceria.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju warna biru, seluar/skirt warna merah & tudung warna kuning atau gabungkan warna tudung merah & biru.


Jika anda ingin memakai baju bercorak bunga, abstrak dan sebagainya, padankan seluar/skirt corak kosong (plain) warna senada dengan baju. Perlu diingati, jangan sesekali anda memakai baju corak bunga, seluar & tudung juga bercorak. Apabila semua yang anda pakai bercorak, ia hanya akan nampak berserabut. Ini harus di jauhi.
Contoh penggayaan yang sesuai: baju corak bunga, seluar/skirt dan tudung corak kosong (plain) senada.


Anda juga boleh menggayakan corak kosong untuk baju, corak garisan lurus untuk seluar dan corak bunga untuk tudung.


Sebelum memilih warna pakaian, anda kena tahu bentuk tubuh badan anda terlebih dahulu. Tips berikut mengenai tips memilih pakaian mengikut tubuh & warna kulit.

Monday, 9 March 2015

BOSAN TAK TAHU NAK PILIH BAJU WARNA APA??


Pemilihan warna pakaian ikut hari


Pernah tak rasa macam "eh, nak pakai baju warna apa ea esok". Haaa..mesti pernah kan? Sebab!! aku pun selalu alaminya dan boleh dikatakan setiap harila jugak kan aku bingung nak pilih warna baju yang nak dipakai ni. Nak dijadikan cerita. Aku ada terbelek satu majalah ni. Dalam majalah tu adalah info-info tentang warna pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari-hari tertentu. Dikatakan juga kalau kita pakai warna ini ikut hari, warna ini akan mempengaruhi aura dan aktiviti seharian kita. Untuk itu, aku nak kongsikan beberapa contoh warna yang kita boleh pakai ikut hari.



Warna Putih = Hari Isnin
Dikatakan mampu membantu si pemakai menjadi lebih bersemangat dan bersedia hadapi cabaran dengan tenang. Memandangkan hari pertama bekerja or belajar kan? jadi semangat itu perlu. hihi


Warna Merah Jambu atau Unggu = Hari Selasa
Dikatakan mampu membantu seseorang untuk meluahkan perasaan sayang pada pasangan.


Warna Biru = Hari Rabu
Memberi pengaruh terhadap kemahiran berkomunikasi dan menjadikan diri lebih berani menyuarakan pendapat. Jadi korang! sesiapa yang ada presentation ke apa bolehlah guna warna ni.


Warna Kuning atau Oren = Hari Khamis
Warna oren atau kuning dikatakan mampu memantulkan tenaga dan menjana IQ yang lebih kreatif. Selain itu, warna oren juga dikatakan mampu meransang sistem kesuburan si pemakai.


Warna Hijau = Hari Jumaat
Hijau dikatakan mampu memberi pengisian untuk diri.


Warna Merah = Hari Sabtu

Secara psikologi warna merah dikatakan mampu membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah.


Warna Hitam = Hari Ahad

Dikatakan mampu membuatkan si pemakai berasa berada dalam zon selesa.



Pemilihan pakaian ikut hari ni mampu menpengaruhi aura, emosi, reaksi kita pada hari tersebut. Selamat Mencuba.


                                                  Picture : ihsan google

{TIPS MEMILIH PAKAIAN MENGIKUT WARNA KULIT}



Semua orang pasti ingin kelihatan bergaya dan tampil menawan apabila ingin ke tempat kerja atau keluar kemana-mana. Namun kadang-kala warna pakaian yang dipilih kelihatan tidak sesuai dengan warna kulit. Berikut adalah tips untuk memilih warna pakaian mengikut warna kulit:

(Kulit putih)

Bagi mereka yang memiliki kulit yang putih sangat sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, mereka juga tiada masalah dengan warna-warna yang lain.

(Kulit kuning langsat)

Bagi mereka yang memiliki warna kulit kuning langsat disarankan untuk mengenakan warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru. Ianya akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.

(Kulit sawo matang)

Mereka yang berkulit sawo matang sesuai dengan warna-warna lembut, namun jangan ragu-ragu untuk mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.

(Kulit gelap eksotik)

Bagi yang berkulit gelap eksotik serlahkan gaya anda dengan warna-warna seperti busana berwarna tanah yang lembut. Malah anda juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya.

Jika tersalah memilih warna pakaian akan menyebabkan kulit kelihatan kusam. Kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenar. Menyebabkan kelihatan berisi dan besar berbanding biasa. Menyerlahkan warna gigi yang mungkin kekuningan. Kecantikan semulajadi akan terselindung

Sunday, 8 March 2015

CARA MEMILIH PAKAIAN MENGIKUT BENTUK BADAN




Cubalah bandingkan diri anda dengan bentuk badan fisiologi ini. Bagaimanapun, jangan bimbang jika anda tidak termasuk dalam sebarang golongan itu kerana kebanyakan individu memiliki jenis kombinasi.






1)Bentuk buah pir/segi tiga/ A


Ciri-ciri :


bahagian atas lebih kecil daripada bahagian bawah iaitu besar di sekitar pinggul dan peha kerana lemak berkumpul di sini. Secara tidak langsung ia menyebabkan pinggang kelihatan kecil dan ramping. Tetapi wanita jenis ini tidak memiliki payudara yang besar. Meskipun dikatakan bertuah kerana mempunyai pinggang yang ramping, anda memiliki betis agak besar.


Cara bergaya:


Perlu lebih berhati-hati kala memilih pakaian bagi memastikan bahagian bahu tampak luas, pakai baju yang ada pelapik bahu yang kecil untuk mengimbangi pinggul yang besar.- Usah kenakan skirt labuh kerana anda akan kelihatan lebih besar.- Blaus pula usah terlalu labuh dan pastikan ia tidak jatuh pada garisan paling lebar kerana akan kelihatan lebih lebar.- Jangan pakai jaket dengan skirt atau seluar yang ketat pada bahagian pinggul.- Bahagian bahu perlu dilebarkan 1.5 sentimeter hingga dua sentimeter. Alas bahu ialah 1 hingga 1.5 sentimeter.


Pemilihan Warna:


Pakai warna cerah untuk bahagian atas dan warna gelap pada bahagian bawah sama ada skirt atau seluar panjang, supaya mata memandang ke bahagian atas, bukannya ke bahagian pinggang ke bawah. Elakkan motif fabrik yang terlalu sarat dan besar pada bahagian bawah tubuh. Jalur menegak pada bahagian bawah untuk membuatkan punggung kelihatan lebih kecil.






2)Bentuk buah jenis epal/kotak/ O


Ciri-ciri:


Wanita yang mempunyai tubuh berbentuk kotak mempunyai ukuran bawah yang sama lebarnya pada semua bahagian iaitu lurus dari atas ke bawah, justeru tidak memiliki lengkok. Bahagian atas dan bawah tubuh kelihatan lurus dan selaras daripada bahu ke pinggul. Lemak biasanya terkumpul pada bahagian abdomen atau perut dan menjadikan perut nampak lebih ketara. Bentuk ini menjadikan pemiliknya kelihatan pendek walaupun dia sebenarnya tinggi. Mereka seolah-olah berpinggang pendek dan bahagian bahu pula kelihatan seolah-olah lebar. Masalah tubuh ini ialah kerana pinggangnya yang lebih besar daripada bahagian pinggul sementara bahagian perut pula menonjol. Namun tubuh berbentuk tempayan mempunyai peha dan kaki yang kecil.


Cara bergaya:


Pakaian perlu memperbetulkan bentuk tubuh khususnya perut supaya tidak tampak terlalu besar.Elakkan poket, lapel lebar dan sebarang hiasan di dada. Bagi yang gemar bergaya dengan skirt, pilih berbentuklurus, atau bahagian pinggang yang mempunyai sedikit lipatan. Elakkan seluar ketat atau potongan pensil. Untuk membantunya, pakai skirt atau seluar panjangyang memeri kerana ia membantu bentuk tubuh seimbang.


Pemilihan Warna:


Pakai warna gelap pada bahagian atas dan warna cerah untuk skirt. Disebabkan tubuh yang besar, elakkan motif besar kerana anda akan kelihatan lebih besar. Memandangkan bahagian pinggang dan perut yang besar, elakkan sebarang corak termasuklah poket pada bahagian berkenaan.






3)Bentuk lurus/tiang/I


Ciri-ciri:


Wanita yang mempunyai bentuk tubuh I, kurus dan lurus. Semua gaya sesuai untuk dipakai. Jika terlalu kurus, memakai baju berlapis adalah idea yang baik. Seandainya terlalu tinggi, pilih pakaian bercorak bagi mencantas ketinggian. Sekiranya pendek dan ingin tampak tinggi, pakai pakaian bercorak bergaris menegak dan warna senada.Wanita yang mempunyai bentuk tubuh sebegini dikatakan memiliki bahagian bahu luas dan lazimnya dimiliki oleh model, justeru boleh memakai banyak jenis gaya pakaian kerana tidak perlu melindungi apa-apa dan juga tidak ada apa-apa yang perlu ditonjolkan. Malah pereka pakaian gemar model yang mempunyai bentuk tubuh seperti itu kerana dia mahu anda mengingati rekaan pakaiannya dan bukan model yang menggayakan.


Cara bergaya:


Baju atau seluar tidak boleh terlalu ketat, sementara itu rekaan baju perlu dilebihkan pada bahagian bahu untuk tampak lebih cantik, pakai baju berkolar atau hiasi leher dengan rantai.


PemilihanWarna:


Rona senada paling sesuai. Untuk tampak tinggi, pakai baju bercorak garisan menegak dan jika ingin kelihatan ramping, tampilkan warna warni atau sebarang aksesori pada bahagian tengah tubuh.






4)Bentuk berliku/gitar/X


Ciri-ciri:


Dianggap sebagai bentuk yang sempurna kerana tidak punyai banyak masalah apabila membeli pakaian. Bentuk tubuh sedemikian mempunyai bahagian atas dan bawah yang seimbang. Artis seperti Beyonce mempunyai tubuh bentuk sebegini. Potongan badan lurus dan melengkok dengan pinggang yang kecil dan potongan pinggul serta bahagian dada yang penuh.


Cara bergaya:


Pakaian daripada fabrik lembut dan beralun paling sesuai untuk menyerlah bentuk yang cantik itu.


Pemilihan Warna:


Sesuai kebanyakan warna.

Thursday, 5 March 2015

Di sinila semuanya bermula~~

Menulis??? OMG!!!
Jangan disuruh si tunggul berpuitis..jangan anggap pembebel tegar tu bole jadi penulis terbaik..ahahahaha..tunggul dan pembebel tegar tu aku la..kikiki..sejak zaman sekolah lagi aku memang failed bab menulis karangan..jangankan karangan panjang.. yang pendek 100 patah perkataan tu pun bole mendatangkan kemarahan gunung berapi dalam hati nila..

Aku dulu pernah kena tegur dengan guru bahasa Malaysia aku masa tingkatan 5,dia kata kenapa karangan aku macam keling??(jangan terasa ye memang ini yang disebut guru aku masa itu) So, imigine la..gile tak teruk plak kan karangan aku tu sampai cikgu bole tanya soalan macam tu..
(please accept kelemahan yang aku tengah atasi ni.)

Sejak habis sekolah tu aku tak bercita-citala  langsung nak masuk universiti macam orang lain sebab kat 'U' kan kena buat assignment..bayangkan tak ke keje aku ulang amik paper je..so aku belajar memang takat SPM je..Alhamdulillah aku da capai kepuasan belajar pelbagai pekerjaan (tapi dalam bidang keranila) dan  kenal pelbagai ragam manusia..well wktu bekerjala sebenarnya waktu ko belajar kenal dunia ni macam mana..kat sekolah tak mencabar sangat pon..

Julai 2014 aku ambil keputusan berhenti kerja..tapi mase tu aku memang tak ada plan pon nk buat pape..but i luv baking..Insyaallah one day i will share my cake with you guys(aku tak la rajin sangat nak baking but takat bagi orang makan tu mampula licin seloyang..kikiki..FYI aku bake but aku bukan pemakan kek..bole??)..then Dec 2014 aku adala ternampak satu iklan seminar ni kalau pergi 3org free register..so aku pergi dengan Ana dan El..Aku pergi Seminar ni sebab aku nak kenal potensi diri aku..sesuaila dengan nama seminar tu..SEMINAR KUASAI POTENSI DIRI oleh Dr Hj AZIZAN OSMAN.. agak menarik tapi sayang sekarang seminar ni tidak akan ada lagi..so rugi sape tak penah pergi..aku bukanla tak tahu pe aku patut buat just nak tahu ape akan aku dapat dari perkongsian beliau..

Mesti korang tertanya-tanyakan ape yang bermula di sini?? dari SKPD aku join pula IMKK..
INTENSIF MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN..kat sini ajar aku belajar macam-macam perkara..So, kat sinila bermulanya aku berubah tuk jadi manusia yang ingin memberi lebih banyak manfaat kepada manusia lain..kita kena sentiasa jaga niat kita..aku buat blog ni pon supaya aku dapat share elmu yang aku pelajari dari mentor aku iaitu Dr Hj AZIZAN Osman..aku harap apa yang bakal aku kongsi kat post-post aku yg lain ni dapat beri manfaat kat semua yang sudi baca blog aku ni.. peace..